Pada tahun 1957 perkhidmatan pos bergerak buat pertama kalinya diperkenalkan
di Kuala Lumpur, Alor Setar dan Taiping. Pelancarannya telah dirasmikan
oleh Menteri Kerjaraya, Pos dan Telekom, Encik (Allahyarham Tun)
Sardon Haji Jubir pada 4 Mei 1957.
|
|
Perkhidmatan ini menggunakan Van jenis MDBR Commer Chasis 3 tan
model 1956. Untuk disesuaikan dengan keadaan pejabat pos, van yang
dibeli dengan harga $9,000 setiap satu dari England itu tepaksa
diubahsuaikan dengan mengadakan sebuah meja dan kerusi untuk yang
bertugas.
|