RATU VICTORIA




Setem wajah Ratu Victoria, Raja England yang dikeluarkan buat pertama kalinya pada bulan Disember 1867, merupakan setem pertama yang digunakan di negara ini. Ini berikutan tertubuhnya Negeri-negeri Selat sebagai tanah jajahan pemerintahan British. Sebelum penubuhan Negeri-negeri Selat, segala urusan pos di negeri-negeri ini adalah terletak di bawah kawalan Pejabat Pos India yang beribu pejabat di Culcutta.

Setem pos wajah Ratu Victoria yang dibuat oleh De La Rue itu telah dicetak dalam mata wang Negeri-negeri Selat dengan menggunakan perkataan Straits Settlements beserta lambang sebuah mahkota yang dicetak di atas setem tersebut.

 


Setem wajah Ratu Victoria ini digunakan selama 35 tahun, iaitu hingga tahun 1902. Ia hanya diganti dengan setem baru berwajah Raja Edward VII, setelah Ratu Victoria mangkat.

Seterusnya setem-setem tersebut bertukar wajah mengikut keadaan semasa sehinggalah beberapa tahun kemudian apabila negeri-negeri beraja seperti Johor, Selangor, Pahang dan negeri-negeri lain mengeluarkan setem sendiri yang berwajahkan raja negeri tersebut.





Sumber :

Arkib Negara Malaysia



? 2001 Hak Cipta Terpelihara
Perpustakaan Negara Malaysia