Pada 12 Januari 1971 buat pertama kalinya dalam sejarah tanahair,
Perdana Menteri British, Mr. Edward Heath melawat Malaysia. Walaupun
negara ini telah dijajah oleh British lebih dari seabad dan telah
mencapai kemerdekaan selama 13 tahun dan inilah kali pertama Perdana
Menteri British menjejakkan kakinya ke negara ini.
|
|
Beliau singgah di sini dalam perjalanannya menghadiri Persidangan
Ketua-ketua Kerajaan Komenwel yang berlangsung di Singapura dari
14 hingga 22 Januari. Persidangan Ketua-ketua Kerajaan Komenwel
ini juga adalah merupakan yang pertama kali dihadiri oleh Tun Abdul
Razak sejak beliau menjadi Perdana Menteri.
|