Pada 23.8.1959, Tunku Abdul Rahman selaku pemimpin Kebangsaan Parti
Perikatan iaitu UMNO, MCA, MIC telah membentuk kabinetnya yang pertama
selepas Persekutuan Tanah Melayu merdeka. Tunku telah mengangkat
sumpah pada 22hb Ogos 1959.
|
|
Pembentukan kabinet pertama ini adalah hasil kemenangan Parti Perikatan
dalam pilahanraya pada 19hb Ogos, 1959. Seramai 11 orang ahli kabinet
telah dilantik. Tunku Abdul Rahman, memegang jawatan Perdana Menteri
yang juga bertanggungjawab untuk kemajuan kampung-kampung dan Dato
Abdul Razak Hussein telah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri
dan Menteri Pertahanan.
|