Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Ibni almarhum Temenggong Ibrahim (1833-1895),
telah mencatatkan rekod sebagai raja Melayu pertama di negara ini
mengadakan lawatan rasmi ke Great Britain pada tahun 1866, atas
undangan rasmi Ratu Victoria, Raja England. Baginda telah melawat
negara Eropah pada tahun 1874, 1885 dan 1890 termasuk mengadakan
lawatan ke negara China dan Jepun pada tahun 1883.
|
|
Langkah bijak baginda mengadakan perdagangan dengan negara barat
telah menjadikan negeri Johor negeri termaju dan paling moden di
Tanah Melayu pada penghujung abad ke?19. Semasa pemerintahan baginda
nama Tanjung Puteri telah ditukar kepada Johor Bharu pada 1 Jun
1866 dan pusat pentadbiran Johor dipindahkan dari Telok Belanga,
singapura pada 22 Mac 1899.
|