Pada 27.7.55, pilihanraya persekutuan yang pertama di Tanah Melayu
telah diadakan. Di antara parti-parti yang mengambil bahagian dalam
pilihanraya ini ialah:
- Parti
Perikatan yang terdiri daripada UMNO, MCA dan MIC yang baru menyertainya.
Parti Perikatan mempertandingkan seramai 52 orang calon, seorang
bagi tiap-tiap kawasan pilihanraya.
-
Parti Negara pimpinan Datuk Onn mengemukakan 33 ornag calon.
-
Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS) dengan 11 orang calon
|
|
Parti-parti lain yang mengambil bahagian dalam pilihanraya ini ialah
Parti Buruh, Parti Kemajuan Perak (kemudian menjadi Parti Kemajuan
Rakyat), Pertubuhan Kebangsaan Perak dan Pertubuhan Melayu.
Parti Perikatan telah memenangi 51 daripada 52 buah kerusi yang
dipertandingkan. Kerusi yang sebuah lagi dimenangi oleh PAS. Pilihanraya
Persekutuan ini telah memulakan satu era baru dalam perkembangan
politik di Malaya.
|