PERINTIS PENULIS NOVEL




Syed Syeikh Al-Hadi (1867-1934) adalah merupakan seorang penulis dari kalangan penulis golongan agama yang cuba menyerapkan unsur-unsur keislaman dalam hasil karyanya. Beliau adalah pelopor penulisan bentuk novel Melayu pertama dan diberi gelaran Bapa Novel Melayu. Antara karya beliau yang popular ialah Hikayat Setia Asyik Dengan Masyuknya atau lebih dikenali sebagai Hikayat Faridah Hanum yang telah ditulis dalam dua jilid dalam tahun 1925 dan 1926.

 


Antara karya beliau yang popular ialah Hikayat Setia Asyik Dengan Masyuknya atau lebih dikenali sebagai Hikayat Faridah Hanum yang telah ditulis dalam dua jilid dalam tahun 1925 dan 1926.






Sumber : Intisari sejarah Kesusasteraan Melayu Moden/ Dharmawijaya,1989
Teras Sastera Melayu Moden/Mana Sikana, 1982





? 2001 Hak Cipta Terpelihara
Perpustakaan Negara Malaysia