| 
              
              Jawi Peranakan (1876-1895) adalah surat khabar pertama Melayu diterbitkan.
              Surat khabar versi jawi yang dikeluarkan setiap hari Isnin ini,
              mengandungi berita yang meliputi kejadian yang berlaku di Negeri-negeri
              Melayu Selat, Johor, Selangor, Kedah, Negeri Brunei dan Labuan serta
              berita luar negara seperti di Jawa dan Sumatera. 
          
  | 
            | 
          
              
              Penerbitan adalah bawah pimpinan Munsyi Mohammed Ali Al-Hindi dan
              kemudiannya diambilalih oleh Munsyi Mohamad Said b. Dada Muhyiddin
              (berketurunan Jawi Peranakan). Surat khabar ini dijual dengan harga
              30 sen senaskah. 
            
  
            |