Abdul Rahim Kajai (1894-1943) adalah bapa wartawan dan bapa cerpen
Melayu pertama. Penglibatan beliau yang cemerlang dan penuh iltizam
dalam arena persuratan dan kesusasteraan Melayu melayakkan beliau
digelar sebagai Bapa Wartawan. Dalam arena penulisan, beliau juga
dikatakan pelopor awal bidang cerpen kerana karya-karya beliau menarik
dan mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Peranannya dalam kesusasteraan
dan kewartawan tidak dapat dipisahkan daripada semangat kebangsaan
Melayu kerana beliaulah antara wartawan Melayu yang mula-mula menyuarakan
beberapa soal pokok politik dalam karyanya.
|
|
Dalam tempoh 13 tahun sebagai wartawan, beliau telah berkhidmat
dengan 6 buah akhbar Melayu iaitu Saudara, Majlis, Warta Malaya,
Utusan Melayu, Perubahan Baharu, dan Berita Malai. Beliau juga merupakan
?guru? kepada wartawan-wartawan pelapis dengan menulis tentang ilmu
penulisan dalam Akhbar Majlis (1931-1935). Dalam bidang penulisan
cerpen pula, 3 daripada kumpulan cerpennya iaitu Banyak Udang Banyak
Garam, Lain Padang Lain Belalang dan Pusaka Kajai menjadi saksi
dan pusaka yang penting bagi kesusasteraan Melayu.
|