SIJIL BAKTI - Dictionary Of International Biography



Harun Aminurrashid (1907-1986 ) atau nama penuhnya Harun bin Md. Amin merupakan penulis tempatan pertama yang telah dianugerahkan sijil bakti daripada Lembaga Pengarang Dictionary Of International Biography yang berpusat di London atas sumbangan beliau yang begitu banyak dalam penulisan novel-novel berunsur sejarah. Anugerah ini diterima pada 26 April 1968. Antara karya sejarah beliau yang paling terkenal ialah Panglima Awang (1958). Di samping itu penulisannya juga merupakan hasil karya Melayu pertama yang mendapat tempat di dalam majalah Poedjangga Baru yang diterbitkan di Jakarta. Sajak tersebut bertajuk Oh Sarikoe telah tersiar pada bulan Disember 1933.

 


Antara novel-novel beliau yang lain yang pernah dihasilkan termasuk Melur Kuala Lumpur (1930), Cinta Gadis Rimba (1948), Siapakah Yang Bersalah (1949) dan juga novel-novel berunsur sejarah seperti Peristiwa Laksamana Cheng Ho Ke Melaka (1969), Dayangku Fatimah (1967), Sultan Mahmud Shah Melaka I ? zaman gemilang (1967), dan lain-lain. Harun Aminurrashid mempunyai nama samaran lain seperti HAR dan Gustam Negara.






Sumber : Harun Aminurrashid : pembangkit semangat kebangsaan/ Abdullah Hussain, 1982
Intisari Sejarah Kesusasteraan Melayu Moden/ Dharmawijaya, 1989



? 2001 Hak Cipta Terpelihara
Perpustakaan Negara Malaysia