PENULIS/CENDEKIAWAN MELAYU BERGELAR PENDITA




Za?ba (1895-1973) adalah merupakan penulis dan cendekiawan melayu pertama yang dianugerahi gelaran ?pendita? berdasarkan kepada sumbangan dan jasa-jasa beliau yang begitu cemerlang dalam bidang bahasa dan persuratan melayu. Penghargaan tertinggi oleh bangsa melayu kepada anak watannya ini disampaikan pada tahun 1956 sewaktu Majlis Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu di Johor Bahru. Beliau juga adalah satu-satunya anak melayu yang berpendidikan tinggi yang meletakkan asas kukuh dalam tatabahasa melayu.

 


Di samping anugerah tersebut, beberapa anugerah serta pangkat yang telah diberikan kepada beliau ialah Darjah Panglima Mangku Negara yang membawa gelaran Tan Sri, Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Persuratan) oleh Universiti Malaya (1959) dan Ijazah yang sama oleh Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1973. Beliau juga adalah anak melayu pertama yang menuntut keadilan pendidikan melayu dengan penubuhan institusi pengajian tinggi di Tanah Melayu.



Sumber :





? 2001 Hak Cipta Terpelihara
Perpustakaan Negara Malaysia