ANUGERAH MUZIK VIDEO MTV



Kumpulan KRU telah mencipta sejarah apabila video klip lagu mereka Fanatik telah terpilih sebagai calon pertama dari Malaysia untuk Anugerah Muzik Video MTV yang Ke-14 dalam kategori MTV Asia Viewers Choice Awards, 1997. Pencalonan ini dipilih berdasarkan pemilihan yang telah dilakukan oleh eksekutif muzik, produser muzik video, wartawan-wartawan media dan juruhebah negara masing-masing.

 


Trio adik beradik ini juga telah menempa sejarah apabila buat pertama kalinya telah 'berduet' menerusi kecanggihan sistem komputer dengan Allahyarham P.Ramlee menerusi lagu Getaran Jiwa. Proses teknikal lagu tersebut telah melibatkan rakaman suara P.Ramlee ke dalam Compact Disk sebelum muziknya digubah dan disusun semula.



Sumber :

Buku Rekod Malaysia, edisi khas 1/Ghulam Jie M Khan, 1997



? 2001 Hak Cipta Terpelihara
Perpustakaan Negara Malaysia