| Bat Latiff atau nama penuhnya M.H. Ali bin H.A. Latiff (1951 - )
              merupakan pelakon kanak-kanak Melayu pertama yang telah menerima
              anugerah Pelakon Kanak-kanak Lelaki Terbaik di Pesta Filem Asia
              di Tokyo menerusi Filem 'Batu Belah Batu Bertangkup'. Filem ini
              adalah filem pertama arahan Jamil Sulong yang telah ditayangkan
              pada tahun 1958 oleh Shaw Brothers. Selain Bat Latiff, barisan pelakon
              filem ini ialah Aziz Jaafar, Zaiton, Neng Yatimah, Salleh Kamil.
 |  | 
 Selain
              filem ini, Bat Latiff juga telah berlakon dalam filem-filem lain
              seperti ?Lela Manja? (1960), ?Nujum Pak Belalang? (1960), ?Singapura
              Dilanggar Todak? (1961), ?Sri Tanjong? (1961), ?Si Tanggang? (1962),
              ?Gerhana? (1962) dan ?Mambang Moden? (1963). Bakat beliau dalam
              bidang lakonan begitu menyerlah dan berkesan. Ibunya dan seniwati
              Saadiah (ibu saudara) banyak memberi dorongan kepada beliau dalam
              bidang lakonan. 
 
 
 |