Wan Aishah Wan Ariffin atau lebih dikenali sebagai Aishah, penyanyi
yang berasal dari Negari Sembilan dan menganggotai kumpulan Fan
Club dari New Zealand telah mencatatkan rekod sebagai penyanyi pertama
di negara kita dipilih sebagai Bintang Pepsi pada tahun 1989.
|
|
Pemilihan ini adalah berdasarkan populariti kumpulan tersebut di
peringkat antarabangsa. Album nyanyian Aishah bersama fan Club iaitu
Sensation telah menaikkan namanya sebagai penyanyi wanita pertama
Malaysia yang berjaya ke peringkat antarabangsa. Meskipun kini beliau
tidak lagi bersama Fan Club, namun Aishah masih aktif menyanyi secara
solo.
|