Filem Sembilu II terbitan Yusof Haslam telah mencatatan sejarah
dalam industri perfileman tanah air kerana telah menjadi filem box-office
Melayu pertama mencapai kutipan sebanyak RM6.1 juta. Filem keluaran
Skop Production Sdn. Bhd. Ini telah ditayangkan pada tahun 1994
dengan membariskan pelakon-pelakon yang terdiri daripada penyanyi-penyanyi
terkenal seperti Awie, Era Fazira dan Ziana Zain.
|
|
Pendekatan
yang digunakan oleh Yusof Haslam dengan mengambil penyanyi-penyanyi
terkenal dalam filem ini ternyata telah berjaya menarik jumlah penonton
yang ramai. Antara filem-filem box-office beliau yang lain
adalah Maria Mariana (RM4.7 juta), Maria Mariana II (RM4.8 juta)
dan Sembilu (RM4.2 juta)
|