Saadiah Ahmad Daud adalah merupakan pengarah wanita melayu pertama
yang telah mengarahkan filemnya yang berjudul "Ceritaku Ceritamu".
Filem ini telah diterbitkan oleh Anang Enterprise pada tahun 1980
dan menerusi filem inilah juga bakat anak sulung beliau, Fauziah
Ahmad Daud (Ogy) telah dicungkil dan seterusnya melayakkan beliau
merangkul gelaran "Pelakon Harapan" (Wanita) terbaik dalam Pesta
Filem Malaysia pertama di Kuala Lumpur. Dalam filem ini juga Ogy
pertama kalinya diberi peluang melakonkan watak utama.
|
|
Filem
ini turut dibintangi oleh pelakon-pelakon seperti Saadiah sendiri,
Meor Hashim, Mazuin Hamzah dan lain-lain pelakon lagi. Saadiah semasa
mudanya adalah merupakan seorang seniwati melayu yang berbakat besar
dan banyak berlakon dalam filem-filem melayu di samping P. Ramlee
dan beberapa pelakon terkenal yang lain. Filem "Ceritaku Ceritamu"
adalah merupakan satu-satunya filem arahan beliau kerana selepas
itu beliau lebih gemar berlakon dalam filem-filem tempatan.
|