FFM 1



Festival Filem Malaysia Pertama telah diadakan di Kuala Lumpur pada 11-13 April 1980. Festival filem anjuran Persatuan Hiburan Malaysia atau EJA (Entertainment Journalist Association Of Malaysia) diadakan untuk memberi pengiktirafan terhadap kerja-kerja filem seperti lakonan dan kreativiti para artis dan karyawan filem.

 


Festival filem pertama ini disertai 16 buah filem yang diterbitkan sekitar tahun 1978/79 untuk merebut 15 kategori pertandingan Award Merak Kayangan.






Sumber : Panca Delima : festival filem malaysia ke12/FINAS, 1995
Panca Delima : festival filem malaysia ke 14/FINAS, 1999




? 2001 Hak Cipta Terpelihara
Perpustakaan Negara Malaysia