Filem animasi tempatan yang pertama ialah "Filem Silat Lagenda".
Filem ini yang berharga RM6 juta telah diarahkan oleh Hassan Mutalib
(sebelumnya pernah berkhidmat di Filem Negara Malaysia). Filem ini
berkisar tentang ekspedisi Hang Tuah dan rakan-rakanya Hang Jebat,
Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu di abad ke 21 di Melaka.
Filem ini mengambil masa selama 2 tahun untuk disiapkan.
|
|
Ia
telah ditayangkan kepada umum pada 27 Ogos 1998 dan antara pelakon
yang menggunakan suara latar mereka untuk filem ini ialah pelakon
Noorkumalasari. Filem animasi ini juga mempunyai muzik latar yang
telah dinyanyikan oleh artis-artis tempatan seperti KRU, Ella, Elite
dan Zainal Abidin.
|