FILEM LAILA MAJNUN



Filem Laila Majnun adalah merupakan filem Melayu pertama yang ditayangkan di Tanah Melayu. Penerbitan filem Melayu ini telah diusahakan oleh Encik Chisty, seorang ahli perniagaan (berbangsa asing) di Singapura pada tahun 1933. Karya ini dicedok dari cerita rakyat sanskrit mengenai percintaan yang tidak direstui dan dipisahkan oleh keluarga masing-masing melalui watak Laila dan Majnun. Filem ini diarahkan oleh B.S. Rajhans (warga India) dan diterbitkan oleh sebuah syarikat yang bernama Motilal Chemical Company.

 


Antara pelakon-pelakon yang berlakon dalam filem Melayu pertama ini Pak Suki, Cik Tijah, Yem, Sharif Medan, Fatimah Jasmin, Syed Al-Attas dan Khairuddin. Pelakon-pelakon ini boleh dikatakan semuanya terdiri daripada pelakon-pelakon bangsawan. Filem ini juga adalah diadaptasi dari cerita bangsawan kerana sebelum itu cerita-cerita bangsawan adalah antara bentuk hiburan terawal di Tanah Melayu.





Sumber :

Memoir Hamzah Hussin : Dari keris filem ke Studio Merdeka/Hamzah Hussin, 1997
Kaca permata : Memoir seorang pengarah/Jamil Sulong, 1990



? 2001 Hak Cipta Terpelihara
Perpustakaan Negara Malaysia