FILEM LAKONAN SUDIRMAN



Filem ?Kami? merupakan filem pertama lakonan Allahyarham Sudirman Hj. Arshad yang dikeluarkan oleh Indra Film Productions and Distribution Sdn. Bhd. pada tahun 1982. Ia juga adalah filem pertama arahan Patrick Teoh, iaitu seorang juruhebah radio terkenal yang berkhidmat di Radio Televisyen Malaysia.

 


Zul Zamrin Zamanhuri, pelakon kanak-kanak filem ini telah berjaya menggondol anugerah ?Pelakon Kanak-kanak Terbaik? di Pesta Filem Malaysia ke-3, di Kuala Lumpur. Filem ini juga telah mencipta sejarah sebagai filem Melayu yang berjaya menembusi tayangan di Pawagam Federal.


Sumber : FINAS




? 2001 Hak Cipta Terpelihara
Perpustakaan Negara Malaysia