Sudirman Haji Arshad merupakan penyanyi pertama Malaysia memenangi
anugerah Penghibur Terbaik Asia dalam pertandingan Anugerah Muzik
Popular Asia pertama yang berlangsung di Dewan Royal Albert, London
pada 19 Mac 1989.
Sudirman telah mengalahkan lapan orang peserta dari negara-negara
Asia termasuk Hong Kong, Taiwan, Jepun, Korea Selatan, Thailand,
Filipina, China dan Singapura. Dalam pertandingan tersebut beliau
telah menyanyikan 2 buah lagu Inggeris ?A Thousand Million Smiles?
dan ?Send In The Clown? dengan menggayakan aksi lucu ala Charlie
Chaplin yang cukup mempesonakan yang membolehkan beliau mengalahkan
wakil-wakil negara lain yang lebih hebat popularitinya.
|
|
Kejayaan
beliau telah diraikan oleh seluruh rakyat Malaysia dan turut mendapat
liputan meluas dari berbagai media di negara ini.
Kejayaannya dalam mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa
seharusnya diberi sanjungan yang berterusan meskipun pada saat ini
beliau telah tiada lagi untuk terus mewarnai dunia seni suara tanah
air dengan pencapaian-pencapaian gemilangnya.
|