Haji
Mahadi mencatat sejarah sebagai pengarah filem tempatan pertama
menerusi filem arahan beliau Pertama di Perlimbahan yang
dikeluarkan oleh Malay Film Production pada tahun 1952. Filem ini
membuka satu langkah baru kepada pengarah-pengarah tempatan lain
terutamanya pengarah-pengarah Melayu.
|
|
Sebelum ini bidang pengarah filem dipelopori oleh pengarah-pengarah
luar seperti dari India dan Filipina. Filem ini dibintangi oleh
Nordin Ahmad yang berlakon buat pertama kalinya di samping Maria
Menado, Salmah Ibrahim, J. Husny dan Suud Jr.
|