PERSATUAN WARGA ARTIS MELAYU




"PERSAMA" atau Persatuan Artis Malaya adalah merupakan persatuan pertama yang ditubuhkan untuk menjaga kebajikan, sosial dan ekonomi para artis. Ia ditubuhkan sebagai sebuah kesatuan sekerja (Union Trade) pada 23 Mac 1954 bertempat di rumah Seniwati Musalmah di No. 271 Tembeling Road, berdekatan Tanjong Katong yang juga turut dijadikan ibu pejabatnya yang pertama. P. Ramlee telah dilantik menjadi Presiden pertama, Salleh Ghani menjadi setiausaha pertama manakala Jamil Sulong pula selaku Bendahari. Dari segi keahliannya pula ia terdiri daripada 3 kategori ahli iaitu ahli biasa, ahli sekutu dan ahli kehormat.

 


Antara lain perlembagaan PERSAMA ialah;

  • Memperbaiki taraf hidup artis-artis filem

  • Kebajikan berkaitan gaji, penempatan, kesihatan dan lain-lain hal warga artis.

  • Memajukan profesionalisme ahli-ahlinya dari lapangan seni mahupun ekonomi.

  • Menyatu padukan semua artis sesama rtis dan artis sesama majikan.

  • Memperbaiki kebajikan, kebendaan dan sosial ahli-ahlinya.





Sumber :


? 2001 Hak Cipta Terpelihara
Perpustakaan Negara Malaysia