| Pesta Filem Asia ke 6 merupakan Pesta Filem pertama yang pernah
              diadakan di Kuala Lumpur. Lebih menariknya, pesta filem ini adalah
              merupakan yang terbesar di seluruh Asia pernah diadakan.
 
 Pesta yang berlangsung selama lima hari mulai 4 Mei 1959 itu telah
              dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Agong yang Pertama
              di Dewan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Pesta ini telah dihadiri
              oleh 200 orang tokoh dan bintang filem terkenal dari tujuh buah
              negara terdiri dari Malaysia, Singapura, Hong Kong, Taiwan, Filipina
              dan Korea Selatan.
 |  | 
 Artis-artis
              Malaya-Singapura yang turut menyertai pesta filem ini adalah pelakon-pelakon
              terkenal seperti P.Ramlee, Saloma, Hashimah Yon, Maria Menado, Latifah
              Omar, Datuk S.Roomai Noor dan Umi Kalsom. Filem Malaya-Singapura
              berjaya menggondol lima hadiah termasuk filem Pendekar Bujang Lapok
              keluaran Shaw Brothers (1957) yang dibintangi oleh P.Ramlee, S.Shamsudin
              dan Aziz Sattar. Filem Ini juga terpilih sebagai Filem Komedi Terbaik
              bagi seluruh Asia.
             
             
 
 
 
 |