PENERBIT WANITA FILEM MELAYU



Maria Menado adalah merupakan produser filem Melayu pertama yang mempunyai syarikat perfilemnyanya sendiri. Maria Menado Production atau singkatannya M.M Production yang telah ditubuhkan pada tahun 1961 telah mengeluarkan filemnya yang pertama 'Siti Zubaidah' yang telah dibintangi oleh beliau sendiri. Filem ini berdasarkan syair Melayu yang epika dan menjadi lagenda orang-orang Melayu turun-temurun. Penglibatan beliau ini bukan sahaja sesuatu yang membanggakan malah beliau telah memainkan peranan serentak sebagai produser dan aktres yang jarang-jarang dapat dilakukan oleh seseorang penerbit.

 


Tiga filem lain yang sempat dikeluarkan dibawah produksinya ialah Filem 'Darahku', 'Bunga Tanjung' dan 'Pontianak Kembali'. Selepas itu beliau telah menamatkan kariernya sebagai penerbit dan aktres apabila mendirikan rumah tangga. Jejak langkah beliau telah mendorong dua pelakon wanita lain untuk terjun ke bidang ini iaitu Rosnani Jamil dan Sarimah.








Sumber : Cintai filem Melayu : Love Malaysian films/FINAS, 1989


? 2001 Hak Cipta Terpelihara
Perpustakaan Negara Malaysia