Filem Tun Teja (1960) adalah filem pertama yang diterbitkan oleh
Studio Merdeka di Hulu Kelang selepas penutupan Studio Jalan Ampas
di Singapura. Sebelum ini kebanyakan filem-filem Melayu dikeluarkan
oleh syarikah-syarikat perfileman terkenal seperti Malay Film Production
(MFP) dan Cathay-Keris Film Production di Singapura.
|
|
Dato'
L. Krishnan, tokoh filem pertama yang berhijrah dari Singapura ke
Studio Merdeka telah mengarahkan filem ini. Filem Tun Teja dibintangi
oleh Allahyarham Abdullah Chik, Mustapha Maarof, A.R. Tompel dan
aktres Salmah Ahmad dan ditayangkan kepada umum pada 25 Jun 1961.
Pada ketika itu Merdeka Filem Production Ltd. dimiliki oleh H.M.
Shah dan Ho Ah Loke.
|