MESYUARAT KETUA NEGARA KOMANWEL



Malaysia buat pertama kalinya telah menjadi tuan rumah kepada Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) pada 18-24 Oktober 1989. Sebanyak 45 buah negara anggota menghadiri mesyuarat kali ini dengan 35 negara diwakili oleh Ketua Negara atau Perdana Menteri. Y.A.B. Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad bertindak sebagai Pengerusi dalam bidang tersebut.

Mesyuarat CHOGM kali ini membincangkan isu berkaitan perlucutan senjata, hak kemanusiaan dan keganasan yang melanda beberapa negara.

 


Agenda sampingan yang turut dikaji adalah mengenai keadaan ekonomi dunia, kerjasama ekonomi serantau dan cadangan Kerajaan Malaysia ke arah penubuhan sebuah Kumpulan Rundingan Komanwel bagi Urusan Teknikal. Sidang CHOGM yang berlangsung di Kuala Lumpur telah menentukan rentak baru bagi Komanwel supaya bergerak lebih aktif dan berkesan.




Sumber :

Buku Rasmi Tahunan Malaysia 1989.



? 2001 Hak Cipta Terpelihara
Perpustakaan Negara Malaysia