Kongres Pustakawan Asia Tenggara (CONSAL) telah pertama kalinya
diadakan di Malaysia pada 24 - 29 Mei 1981. Kongres Kelima ini telah
dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato? Dr. Neo Yee Pan, Menteri Perumahan
dan Kerajaan Tempatan ketika itu. CONSAL adalah satu kumpulan yang
ahlinya terdiri dari pustakawan negara anggota ASEAN bertujuan memupuk
kemajuan profesionalisme di kalangan pustakawan serta mereka yang
terlibat dalam bidang sains perpustakaan dan maklumat di rantau
ini. F
|
|
Kongres ini juga merupakan forum bagi para pustakawan di rantau
Asia Tenggara berjumpa, berbincang dan bertukar-tukar fikiran dalam
semangat kerjasama serantau. Tema bagi CONSAL V adalah Access To
Information.
|