PERSIDANGAN RAJA-RAJA MELAYU



Persidangan Raja-raja Melayu atau Durbar yang berlangsung di Istana Negara, Kuala Kangsar, Perak pada 13 hingga 17 Julai 1897 merupakan yang pertama kali diadakan.

Raja-raja Melayu yang telah menghadiri sidang Durbar ini ialah Sultan Idris Shah (Perak), Sultan Abdul Samad (Selangor), Yang Dipertuan Besar Tunku Muhammad (Negeri Sembilan) dan Sultan Ahmad (Pahang). Durbar diadakan untuk memperlihatkan kepada Raja-raja Melayu tentang keadaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu di samping bertukar-tukar pendapat mengenai negeri masing-masing.

 


Sir Frank Swettenham, Pesuruhjaya Negeri-negeri Bersekutu telah mewakili kerajaan British dan bertindak sebagai Pengerusi. Beliau turut dibantu oleh beberapa orang pegawai tertinggi British termasuk Residen Jeneral Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Hugh Clifford (Residen Pahang), J.P Rodger (Residen Selangor) dan Sir Charles Mitchell (Gabenor Negeri-negeri Selat). Berbagai perkara termasuk mengenai Agama Islam dan kepentingan orang-orang Melayu dibincangkan. Persidangan ini telah berjaya mendekatkan lagi hubungan antara Negeri-negeri dan menyedarkan mereka kepada kerjasama dan bersatu padu dalam perkara-perkara yang berkaitan kepentingan bersama.



Sumber :

A Century of the Conference & Rulers 1897-1997/ Nik Abdul Rashid B. Nik Abdul Majid, 1997.



? 2001 Hak Cipta Terpelihara
Perpustakaan Negara Malaysia