Kumpulan 15 telah ditubuhkan pada bulan September 1989 sebagai suatu
Sidang Tertinggi Kumpulan Negara-Negara Membangun. Kumpulan 15 telah
bertindak sebagai satu forum bagi perundingan di antara negara-negara
membangun.
|
|
Sejak penubuhan Kumpulan 15, enam Sidang Kemuncak Ketua-ketua Negara/Kerajaan
telah berjaya diadakan iaitu buat pertama kalinya di Kuala-Lumpur,
Malaysia dari 1-3 Jun 1990. Pada tahun 1997, Malaysia sekali lagi
diberi penghormatan untuk menjadi tuan rumah kepada Sidang Kemuncak
Ketujuh pada 3-5 November 1997.
|