Jemaah Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang ulung telah mengadakan
mesyuarat yang pertama di Majlis Undangan Persekutuan, Kuala Lumpur
pada 10.9.57. Dalam mesyuarat ini buat kali pertamanya pemimpin-pemimpin
tempatan telah mengambil alih tempat pegawai-pegawai Inggeris.
|
|
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul
Rahman. Di dalam kabinet ini semua Menteri adalah terdiri daripada
pemimpin-pemimpin Perikatan UMNO-MCA-MIC yang memenangi Pilihanraya
umum 1955 melainkan Col. H. S. Lee tetapi diberi portfolio sebagai
Menteri Kewangan.
|