MUKTAMAR ISLAM ASIA TENGGARA DAN TIMUR JAUH



Pada 31.1.64, Persidangan pertama Muktamar Islam Asia Tenggara dan Timur Jauh diadakan di Kuala Lumpur. Persidangan ini telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Persidangan ini telah membincangkan perkara seperti masalah kemasyarakatan yang berkaitan dengan agama, pelajaran dan ekonomi umat Islam di Asia Tenggara dan Timur Jauh.

 


Cara-cara menghadapi dan menolak pengaruh fahaman tidak bertuhan dan perkembangan agama bukan Islam, aktiviti-aktiviti Mubaligh Islam di Asia Tenggara dan Timur Jauh, penubuhan Lembaga Penasihat Hal Ehwal Agama Islam bagi umat Islam di Asia Tenggara dan Timur Jauh.



Sumber :

Hari Ini Dalam Sejarah



? 2001 Hak Cipta Terpelihara
Perpustakaan Negara Malaysia