Pada 20 Januari 1874, Raja Muda Abdullah iaitu Raja Muda Perak ketika
itu yang menguasai kawasan-kawasan di Hilir Perak menandatangani
Perjanjian Pangkor bersama-sama dengan pembesar-pembesar yang menyokong
baginda dihadapan Gabenor Negeri-negeri Selat, Sir Andrew Clarke.
Pembesar pembesar terlibat adalah Bendahara, Temenggung., Orang
Kaya Menteri, Syahbandar, Raja Mahkota, Laksamana dan Dato? Sagor.
|
|
Perjanjian ini mengandungi 14 perkara dan yang paling penting ialah
berkaitan dengan perlantikan Residen. Dalam peruntukan ini, Residen
berkuasa penuh ke atas pemungutan dan pengawalan hasil mahsul dan
juga pentadbiran negeri kecuali berkaitan dengan agama dan adat-adat
orang Melayu.
|