SINGAPURA 16 MAC, 1962



Pada 16.3.62, Persidangan Penulis-penulis Malaya telah berlangsung di Singapura dan dibuka dengan rasminya oleh Yang DiPertuan Negara Singapura, Encik Yusuf bin Ishak. Beberapa orang Menteri Singapura, wakil-wakil luar negeri, Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Persekutuan, Tuan Syed Nasir bin Ismail, Pengarah Dewan Bahasa dan Kebudayaan Kebangsaan Singapura, Dr. Slamet Mulyana, pemerhati-pemerhati serta sasterawan-sasterawan dari Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu.

 


Persidangan ini telah membincangkan segala aspek penulisan kesusasteraan di dalam empat aliran bahasa iaitu Melayu, Inggeris, Tionghua dan Tamil

 

 



Sumber :

Hari Ini Dalam Sejarah



? 2001 Hak Cipta Terpelihara
Perpustakaan Negara Malaysia