| Malaysia telah menempa kejayaan dalam Perarakan Kereta Berhias antarabangsa
              Rose Bowl di Pasadena California, Amerika Syarikat pada 1 Januari
              1988. Kereta Lembu Melaka terpilih sebagai kereta berhias tercantik
              yang pertama dimenangi oleh Malaysia.
 
 Kereta berhias Malaysia yang bernilai kira-kira RM500,000 dan berukuran
              16.5 meter panjang, 5.4 meter lebar dan 9 meter tinggi itu ditaja
              oleh Perbadanan Kemajuan Pelancongan (TDC) dan Sistem Penerbangan
              Malaysia (MAS). Model kereta lembu itu adalah hasil rekaan Abu Samah
              Ismail, berusia 35 tahun dari Kampung Lapan Bacahang, Melaka.
 |  | Kereta berhias yang dihiasi kain songket, bunga raya dan wau itu
              dibawa dengan sebuah jentera. Sementara lembu mekanikal yang menarik
              kereta berhias ini digerakkan dengan mesin. Kereta berhias ini juga
              dimuatkan dengan sepasang patung suami isteri sebagai pemandu dan
              lima pemuzik tradisional duduk sambil memainkan beberapa buah lagu
              tradisional. Perarakan kereta berhias yang di adakan sejak tahun
              1980 ini merupakan pertandingan tahunan antarabangsa bagi menonjolkan
              kebudayaan sesebuah negara.
 
 
 
 
 |