MENARA BERKEMBAR PETRONAS



Menara kembar Petronas setinggi 452 meter (88 tingkat) yang siap dibina pada Disember 1996 telah mencatatkan sebagai bangunan berkembar paling tinggi di negara kita dan juga tertinggi di dunia pada masa ini. Y.A.B. Perdana Menteri. Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad telah melancarkan pembinaannya pada bulan September 1992.

 


Tapak asal menara ini pada masa dahulunya adalah Padang Lumba Kuda Jalan Ampang. Kerja-kerja pembinaan menera ini mengambil masa selama dua tahun dan telah siap dibina pada tahun 1996. Tapak binaannya adalah seluas 341,783 meter persegi. Terdapat sebuah jejantas sepanjang 58.4 meter yang menghubungkan kedua-dua bangunan ini di aras 41 dan 42.

 


Sumber :

Buku Rekod Malaysia



2001 Hak Cipta Terpelihara
Perpustakaan Negara Malaysia