Pada 2 Jun 1963, Malaysia buat pertama kalinya terpilih menjadi
tuan rumah Kejohanan Lumba Basikal Asia yang berlangsung di Kuala
Lumpur. Kejohanan ini juga merupakan yang pertama kali diadakan
di Asia. Ia dirasmikan oleh D.Y.M. Yang di-Pertuan Agong Ketiga,
Tuanku Syed Putera ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail di Stadium
Merdeka.
|
|
Kejohanan yang berlangsung selama seminggu itu berakhir dengan Thailand
muncul sebagai johan keseluruhan dengan memungut 24 mata dan Malaysia
di tempat yang ketiga dengan memperolehi 14 mata. Kejohanan ini
telah melahirkan dua pelumba adik-beradik yang kemudiannya muncul
sebagai jaguh lumba basikal negara iaitu Ng Jong Pong dan Ng Jong
Ngan.
|