KEJOHANAN BADMINTON MALAYSIA




28 Ogos 1969 adalah tarikh pertandingan Kejohanan Badminton Malaysia peringkat kebangsaan yang pertama diadakan di negara ini. Kejohanan yang berlangsung selama empat hari di Stadium Datuk Syed Omar, Alor Setar itu telah dirasmikan oleh Tunku Bendahara Kedah, Tengku Abdul Malik Ibni Almarhum Sultan Badlishah.

Seramai 60 orang pemain menyertai kejohanan ini. Punch Gunalan telah muncul sebagai juara peringkat kebangsaan dengan mengalahkan Abdul Rahman Mohammad 15-4, 15-9 dalam pertandingan akhir.

 


Sementara itu Rosalind Singh Ang Menjuarai bahagian Wanita apabila mengalahkan Yep Hei Lin 11-8, 11-5. Dalam Bhagian bergu, Punch Gunalan dan Yew Cheng Hoe menjadi juara mengalahkan pasangan Abdul Rahman Mohammad dan Ng Tat Wet 15-8, 15-3. Dalam bahagian wanita pasangan Rosalind Singh Ang dan Teow Siew Yong mengalahkan Yap Hei Lin dan Rahimah Abu Bakar dengan 15-1, 15-3.




Sumber :

Pengetahuan Am Di Malaysia 2/Ghulam Jie M Khan, 1994.



? 2001 Hak Cipta Terpelihara
Perpustakaan Negara Malaysia