Pada 6.8.1965 Majlis Belia Malaysia telah mengadakan Kejohanan Pertama
Sukan Belia Malaysia. Kejohanan tersebut telah dibuka dengan rasminya
oleh Y.B. Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak bin Datuk Hussein
di Stadium Merdeka Kuala Lumpur.
|
|
Kejohanan Pertama Sukan Belia Malaysia ini diadakan selama dua hari.
Lebih dari 200 peserta telah mengambil bahagian di dalam 54 acara.
Kejohanan ini telah ditutup dengan rasminya oleh Menteri Muda Kebudayaan
Belia dan Sukan Engku Mohsen bin Abdul Kadir.
|