KEJOHANAN LUMBA KERETA MALAYSIA




Pada 7.9.1968 telah tercatat dalam sejarah sukan Lumba Kereta di negara kita di mana berlangsungnya kejohanan lumba kereta Malaysia pertama di Gelanggang Lumba Kereta Batu 3, Jalan Kelang, Selangor.

Temasya lumba kereta Malaysia pertama yang berlangsung selama 2 hari ini dianjurkan oleh Kelab Sukan Motor Malaysia.

 


Seramai 180 orang penunggang motosikal dan pemandu-pemandu kereta telah menyertai temasya kejohanan ini. Di antara pelumba-pelumba tersebut terdiri daripada pelumba-pelumba antarabangsa yang pernah menyandang beberapa gelaran dalam kejohanan perlumbaan di luar negeri.


Sumber :

Arkib Negara Malaysia.



? 2001 Hak Cipta Terpelihara
Perpustakaan Negara Malaysia