PINGAT EMAS DALAM SUKAN PERINGKAT ANTARABANGSA




Sukan Asia ke-4 di Stadium Nasional, Jakarta, Indonesia pada 28 Ogos 1962 jaguh pecut negara, Jegathesan memenangi pingat emas pertama dalam acara 200 meter dan memecahkan rekod Sukan Asia dengan kepantasan 21.3 saat. Beliau berusia 19 tahun sewaktu memenangi pingat emas tersebut. Ini adalah satu pencapaian yang terbaik bagi dirinya dan juga negara.


 


Walaupun Malaysia telah menyertai banyak pertandingan sukan antarabangsa termasuk Sukan Asia ke-2 di Manila pada tahun 1954, Sukan Olimpik Melbourne pada tahun 1956, Sukan Asia Tokyo pada tahun 1958, Sukan Komenwel di Cardiff, England pada tahun 1959 dan Sukan Olimpik Rome pada tahun 1962, tetapi ia tidak berjaya memenagi sebarang pingat emas.



Sumber :

Buku Rekod Malaysia Catatan Peribadi Datuk M. Jegathesan.
The Straits Times, 30 Ogos, 1962.



? 2001 Hak Cipta Terpelihara
Perpustakaan Negara Malaysia