Y.T.M. TUNKU ABDUL RAHMAN



Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah, bekas Perdana Menteri Malaysia yang pertama, merupakan orang pertama digelar Bapa Bolasepak Malaysia. Beliau menerima anugerah tersebut sejak tahun 1957, iaitu sejak bermulanya Kejohanan Bolasepak Piala Merdeka.

Beliau merupakan orang yang bertanggung-jawab hingga membolehkan pasukan bola sepak Kedah mara ke peringkat akhir Piala Malaya pada tahun 1940. Pada tahun 1957, Tunku telah mewujudkan Kejohanan Bola Sepak Piala Merdeka, yang disertai oleh negara-negara kawasan Asia.

 


Beliau dilantik sebagai Presiden Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) pada tahun 1958. Setahun kemudian Tunku mengasaskan Kejohanan Piala Belia Asia. Tunku telah menghadiahkan sebuah piala yang bersalut emas untuk kejohanan tersebut yang dikenali sebagai Piala Rahman. Ia adalah untuk belia Asia bawah 18 tahun.







Sumber :

Majlis Sukan Negara



� 2001 Hak Cipta Terpelihara
Perpustakaan Negara Malaysia