Di Sukan Asia ke 3 di Tokyo pada 22 Mei, 1958, cadangan bagi penganjuran
sukan di kalangan negara-negara Asia Tenggara telah di utarakan
oleh wakil dari Burma, Laos dan Malaya. Sukan SEA ini bertujuan
untuk mengeratkan hubungan baik yang telah terjalin di kalangan
negara-negara rantau ini dan juga menyediakan satu platform bagi
atlet tempatan menguji dan meningkat kecekapan mereka ke arah pencapaian
yang lebih baik dalam Sukan Asia dan Olympik. Keputusan telah dicapai
supaya Sukan SEA diadakan dua tahun sekali mulai tahun 1959. Tuan
rumah bagi sukan ini di tetapkan secara bergilir di kalangan negara
anggota mengikut abjad.
|
|
Malaysia telah buat pertama kalinya menjadi tuan rumah kepada Sukan
SEA pada tahun 1965 apabila Laos menyuarakan ketidakupayaan mereka
menerima tanggungjawab sebagai tuan rumah. Keputusan ini dibuat
di Mesyuarat SEAP Games Federation Council yang telah diadakan di
Phnom Penh pada 25 Februari, 1964. Sukan SEA ke 3 telah diadakan
dengan jayanya di Kuala Lumpur pada 14-21 Disember, 1965.
|