KEJOHANAN FORMULA ONE DUNIA DI LITAR SEPANG



Pusingan kedua terakhir Kejohanan Formula One Dunia bagi musim ke-50 pada 17 Oktober 1999 adalah kejohanan Formula One pertama menggunakan Litar Sepang F1. Litar Sepang F1 yang menelan belanja RM 286 juta ini boleh menempatkan 30,000 penonton di astaka besarnya dan 100,000 lagi di astaka semula jadi yang terdapat di sekeliling litar ini. Litar sepanjang 5.6 kilometer ini diperaku oleh pemandu dan juga pemberita sebagai satu antara yang terbaik di dunia dan satu-satunya litar lumba yang mempunyai litar berbentuk V dibina di tengah-tengah litar.

 


Sebanyak sebelas pasukan mengambil bahagian dalam kejohanan Formula One ini termasuk pasukan yang ditaja oleh Sauber Petronas dengan pemandunya Jean Alesi dan Pedro Diniz. Tempat pertama dan kedua kejohanan ini telah dimenangi oleh pasukan Ferrari dengan pemandu mereka Eddie Irvine dan Michael Schumacher.






Sumber :

Risalah Sampul Surat Hari Pertama
Majalah FI , Oktober 1999.



? 2001 Hak Cipta Terpelihara
Perpustakaan Negara Malaysia