SUKMA




Sukan Malaysia (SUKMA) diadakan dengan tujuan:

  • Mengenal pasti atlet muda yang berpotensi untuk diberi latihan bersistematik untuk membolehkan mereka mewakili negara pada masa depan ;

  • Menampung pertandingan untuk peserta lepasan sekolah yang didapati kurang saluran untuk menyertai pertandingan yang boleh menggerakkan mereka .

Sukan ini hanya melibatkan acara tenis, ping-pong, lumba basikal, olahraga dan bola tampar.

 


Penyertaan ke Sukan SUKMA adalah terbuka kepada peserta berumur 23 tahun ke bawah mengikut negeri melalui Majlis Sukan Negeri masing-masing termasuk Majlis-majlis Sukan Tentera, Polis dan Universiti. Majlis Sukan ini diurus oleh sebuah Jawatankuasa Tertinggi yang dipengerusikan oleh Menteri Belia dan Sukan. SUKMA pertama telah diadakan di Kuala Lumpur pada 19 ? 26 April 1986.







Sumber :

SUKMA Ke ? 3: Sarawak 18 ? 27 Julai 1990
Majlis Sukan Negara, [199-].



? 2001 Hak Cipta Terpelihara
Perpustakaan Negara Malaysia