Sukan Komanwel 1998 atau lebih dikenali sebagai SUKOM 98 merupakan
catatan penting dalam sejarah tanah air. Ini adalah kerana buat
julung-julung kalinya sukan berprestij itu diadakan di Asia dan
lebih dari itu, Malaysia terpilih untuk menjadi tuan rumah. Tawaran
bagi penganjuran ini telah dibuat pada 21 Julai 1992. Maskot rasmi
bagi Sukan komanwel 98 ini ialah Orang Utan yang melambangkan Malaysia
dan satu-satunya makhluk besar dan cerdik dengan nama melayu iaitu
Wira yang dikenali di seluruh dunia.
|
|
Wira, maskot rasmi yang digambarkan sebagai binatang kesayangan
yang disukai ramai. Ia melambangkan kemesraan dan keramahan penduduk
Malaysia. Malaysia telah menang 10 pingat emas, 14 pingat perak
dan 12 pingat gangsa serta memecah dua rekod SUKOM dan satu rekod
kebangsaan dalam SUKOM 98.
|