SIR GEORGE THOMAS




Piala Thomas adalah lambang keunggulan pasukan badminton lelaki. Pada tahun 1949, Sir George Thomas telah menghadiahkan piala perak bersadur emas setinggi 78 sentimeter kepada International Badminton Federation (IBF) sebagai piala rebutan bagi kejohanan badminton sedunia. Kejohanan pertama bagi merebut piala ini yang diadakan di Preston, England pada 26 Februari 1949, telah dimenangi oleh pasukan badminton negara kita.

 


Dalam kejohanan tersebut, Malaya muncul sebagai juara setelah mengalahkan pasukan Denmark dengan 8-1 mata dalam pertandingan peringkat akhir. Dalam kejohanan-kejohanan yang diadakan selepas itu, Malaysia telah mampu merebut Piala Thomas ini sebanyak empat kali iaitu pada tahun 1952, 1955, 1967 dan 1992. Sepanjang sejarah kejohanan ini, hanya dua buah negara yang lain pernah memenangi piala rebutan ini iaitu China dan Indonesia.

 


Sumber :





? 2001 Hak Cipta Terpelihara
Perpustakaan Negara Malaysia