TUANKU ABDUL RAHMAN IBNI ALMARHUM TUANKU MUHAMMAD (1895 - 1960)




Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad (1895-1960) menjadi Yang di-Pertuan Agong pertama Malaysia. Baginda ditabalkan menjadi Duli Yang Maha Mulia di-Pertuan Agong pada 2 September 1957 di Istana Negara, Kuala Lumpur.

 


Upacara pertabalan telah dijalankan di Balai Rong Seri dan dihadiri oleh 500 orang utama dan khas terdiri daripada Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Raja-raja Melayu, Gabenor dan Ketua Menteri. Sebelum dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong, baginda adalah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan sejak tahun 1938.

Baginda telah mangkat pada 1 April 1960 di Istana Negara dalam usia 65 tahun.



Sumber :

Rekod-rekod Dunia di Malaysia (5)/Ghulam Jie M Khan, 1990



? 2001 Hak Cipta Terpelihara
Perpustakaan Negara Malaysia