BINTANG FILEM PERTAMA DIANUGERAHI PINGAT KEBESARAN



Sebagai mengenang jasa dan pengorbanan dalam menaikkan mutu dan taraf filem Melayu, Allahyarham P. Ramlee (1929-1973) telah dikurniakan pingat kebesaran iaitu Ahli Mangku Negara (A.M.N) oleh ke bawah Duli Yang Maha Mulia Dipertuan Agung, Tuanku Syed Putra (YDA ke ke 3) pada 27 September 1962. P. Ramlee telah meninggal dunia akibat serangan penyakit jantung pada 29 Mei 1973.

 


Beliau merupakan bintang filem Melayu yang pernah mendapat gelaran Pelakon Terbaik Asia dan orang pertama bergelar Seniman Agong di negara ini. Pada 6 Jun 1990 pula, Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung ke-9 telah menganugerahkan beliau Bintang Darjah Panglima Setia Mahkota (DPSM) yang membawa gelaran Tan Sri.



Sumber :

P.Ramlee Sepanjang Riwayatku/Arkib Negara Malaysia, 1998



� 2001 Hak Cipta Terpelihara
Perpustakaan Negara Malaysia