AMINUDDIN BAKI



Aminuddin Bin Baki dilahirkan di Chemor, Perak pada 6 Januari 1926. Beliau merupakan orang pertama di negara ini yang telah dianugerahkan gelaran Bapa Pendidikan kerana jasa dan kecemerlangannya dalam usaha mempertingkatkan mutu pelajaran di negara ini termasuk menyusun Dasar Pelajaran Kebangsaan pada tahun 1956 dan Penyata Rahman Talib pada tahun 1960.

 


Beliau juga adalah Ketua Penasihat Pelajaran (kini dikenali sebagai Ketua Pengarah Pendidikan) yang paling muda dilantik iaitu sewaktu berusia 36 tahun pada tahun 1962. Aminuddin Baki meninggal akibat sakit jantung pada 25 Disember 1965 dalam usia 39 tahun.


Sumber :

Konvensyen Perjuangan Aminuddin Baki



� 2001 Hak Cipta Terpelihara
Perpustakaan Negara Malaysia